Alhamdulillah, buat pertama kalinya, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya telah terpilih untuk hadir ke Muktamar Masjid-Masjid Serantau 1444H anjuran Majlis Islam Sarawak bagi berkongsi pengalaman berkenaan Masjid Sebagai Model Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals).
Pengurus masjid, Ustaz Muhammad Ali Bin Mohd Yunus sebagai panel pembentang telah membentangkan ciri-ciri bangunan hijau, kemudahan fasiliti dan daya tarikan utama yang terdapat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah.
Bersama-sama pengurus masjid adalah panel dari Singapura (Tuan Muhammad Faizal Bin Abdollah, Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Ghufran) dan Indonesia (Dr H Sobhan Lubis, MA, Ketua Harian Masjid Raya Sumatera Barat).
Pelbagai perkongsian berkenaan pengurusan masjid yang efisyen telah dibentangkan sepanjang sesi Muktamar tersebut. Semoga apa yang dikongsikan dapat diaplikasikan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah mengikut kesesuaian masjid InsyaAllah.


















Users Today : 38
Users Last 7 days : 333
Total views : 124059
Who's Online : 0