KEMUDAHAN

  • DEWAN SOLAT UTAMA

    Dewan Solat Utama yang boleh memuatkan sehingga 3,000 jemaah lelaki dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Utama juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid MRHFS mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya.

  • DEWAN SOLAT WANITA

    Dewan Solat Wanita boleh memuatkan sehingga 200 jemaah wanita dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Wanita juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid MRHFS mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama dan sebagainya.

  • PERPUSTAKAAN

    Perpustakaan Masjid MRHFS yang terletak di aras 1 sehingga kini mempunyai sejumlah 1500 naskhah buku yang sesuai untuk setiap peringkat umur daripada kanak-kanak pra-sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, belia/pelajar universiti/kolej, pegawai dan kakitangan kerajaan hinggalah ke jemaah Masjid MRHFS sendiri.

  • DEWAN SEBAGUNA

    Dewan Serbaguna boleh memuatkan sehingga 200 orang. Ia digunakan untuk jamuan makan bagi program/aktiviti anjuran di Masjid MRHFS. Ia disertakan dengan kemudahan penghawa dingin, kerusi dan meja makan.

  • BILIK KULIAH

    Bilik Kuliah boleh memuatkan sehingga 20-30 orang dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Ia digunakan untuk program-program pengajian Masjid MRHFS sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu.

  • RUANG NIKAH

    Bilik Kuliah boleh memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.

  • DEWAN BADMINTON

    Dewan Badminton

Scroll to Top
Skip to content