PROGRAM JELAJAH ASNAF CYBERJAYA 2022

Alhamdulillah. Pihak pengurusan masjid telah menziarahi beberapa orang asnaf di sekitar Cyberjaya.

Pihak masjid mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit sumbangan berbentuk barang keperluan dapur dan juga wang perbelanjaan kepada mereka.

Jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan Wiba Prima atas bantuan sumbangan dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada pihak Lembaga Zakat Selangor yang berkongsikan maklumat asnaf kepada pihak masjid bagi memastikan kebajikan mereka terjamin.

Terima kasih juga kepada jemaah yang tidak putus menyumbang dana ke tabung masjid bagi memastikan program masjid dapat diteruskan dan dimanfaatkan oleh ahli kariah Cyberjaya khususnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Skip to content