Dewan Badminton

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Dewan Badminton

RM 18 00
/ Sejam
  • Hari Biasa (8.00p.m-12.00p.m) Rm18.00/Sejam
  • Hari Cuti(8.00a.m-12.00p.m)Rm18.00/Sejam
NEW

PERATURAN AM PENGGUNAAN DEWAN BADMINTON MRHFS

  • Semua pengguna dikehendaki meninggalkan dewan badminton setelah masa sesuatu sesi tamat atau 10 minit sebelum kelab ditutup.

  • Pengguna hendaklah menggunakan kasut rata yang bertapak getah tanpa stud atau bergigi (kasut khusus bermain badminton).

  • Pengguna yang memakai kasut jogging atau kasut tenis tidak dibenarkan.

  • Pengguna dilarang menanggalkan pakaian (baju) sewaktu bermain.

  • Pengguna harus memastikan kebersihan dewan badminton dan semua botol minuman serta bekas shuttle cock dibuang dalam tong sampah yang disediakan.

  • Pengguna dikehendaki bertanggungjawab dan menjaga semua harta benda yang terdapat di dalam Dewan Badminton daripada dirosakkan atau disalahgunakan.

  • Pengguna hendaklah sentiasa bertolak ansur dalam hal pengunaan gelanggang dengan pengguna yang lain.

  • Pihak MRHFS tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, kehilangan serta kerosakan harta benda pengguna semasa menggunakan gelanggang badminton.

  • Pengguna yang melanggar peraturan ini akan diarahkan untuk berhenti bermain dan dilarang menggunakan kemudahan berkenaan setelah gagal memathui arahan dari pihak Pengurusan atau Pengawal Keselamatan.

  • Pembatalan penggunaan dewan badminton adalah dibawah kuatkuasa pihak Pengurusan MRHFS.

  • Pengguna dilarang membawa minuman/makanan tidak halal di dewan badminton.

  • Pengguna boleh dikenakan ganti rugi pada kadar yang ditentukan dan diluluskan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda (peralatan sukan, perabot, barangan elektrikal & mekanikal) atas sebab kecuaian sendiri atau ahli keluarga.

  • MRHFS tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan ganti rugi terhadap kecederaan, kecelakaan dan kehilangan harta benda atau seumpamanya semasa berada di dalam Dewan Badminton atau di lain-lain tempat dalam kawasan dewan.

  • Peraturan ini akan sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa.

Scroll to Top
Skip to content